Thursday, 23 June 2011

semakan permohonan ke IPTA lepasan STPM 2010

ok...tadi aku bukak google..saja nak tengok berita pasal belia...tapi entah macam mana jari tertaip semakan keputusan permohonan ke IPTA bagi lepasan STPM/setaraf 2010...


kalau menurut apa yang laman web ni bagitau...keputusan nanti keluar minggu ke-2 bulan Julai..maknanya ada lagi 3 minggu...alahaii...rasa macam nak keluar jantung ni..entah la..takut gila..


so pada yang lepasan STPM...gud luck keyh...nanti kongsi2 la dapat U mana..kot kita sama U nanti..

Monday, 20 June 2011

blur

selalu buka fb...nampak je orang taip meroyan..apa maksud meroyan??
kadang-kadang pandai guna tapi maksud pulak tak tau..ishh...
ada orang boleh bagitau tak maksud meroyan...


mood : blur + ngantok

Sunday, 19 June 2011

Saturday, 18 June 2011

Al-Fatihah kepada Arwah Zami Ismail (Pak Uda)

Assalamualaikum..tadi tengok berita...baru tau yang Pak Uda dah meninggal dunia pukul 10.30 pagi tadi di IJN kerana komplikasi jantung ...

sedih rasanya sebab pelakon komedi veteran yang terbaik seperti arwah dah tak ada lagi...sitkom terbaik Pak Uda adalah "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" dan terbaru "Hantu Kak Limah Balik Rumah"...

Pada 1 May arwah Zami Ismail di masukkan ke hospital dan keadaan semakin pulih setelah di beri rawatan..namun kemudian di masukkan ke hospital lagi sekali dan tak sedarkan diri.. 

semoga roh Pak Uda @ Zami Ismail di cucuri rahmat.. Amin...



                               di dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah


                                     sebahagian para pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu


                                            sedutan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu 

Antara filem lakonan Arwah Zami Ismail :

TahunJudulPeranan
1985Roda-roda (filem)(Pelakon Utama)
1990Mat Som (filem)(Pelakon Pembantu)
1990Tuah(Pelakon Pembantu)
1992Wanita Bertudung Hitam(Pelakon Pembantu)
1995Cinta Rosevilla(Pelakon Utama)
1997Gemerlapan(Pelakon Pembantu)
2001SaraPak Mat (Pelakon Pembantu)
2001No ProblemPak Kidam (Pelakon Pembantu)
2003Diari RomeoBapa Maya zaman 70'an(Pelakon Pembantu)
2006Man LaksaTok Ketua (Pelakon Pembantu)
2007Zombie Kampung PisangPak Abu (Pelakon Pembantu)
20079 SeptemberDato' (Pelakon Pembantu)
2008Dunia Baru The MoviePengantin Lelaki (Pelakon Pembantu)
2009Jin HutanBomoh Pak Su (Pelakon Utama)
2010Hantu Kak Limah Balik RumahPak Abu (Pelakon Utama)
2010JaninPak Wan Atan (Pelakon Utama)
2011Shh... Dia DatangPak Da (Pelakon Pembantu)

Cinta facebook : Setia Vs Curang

Hahh jangan ada yang terkejut tengok tajuk ni pulak ea...saja nak taip2 untuk malam ni...boring lak tak tau nak update benda apa lagi kat blog ni..

CINTA MUKA BUKU (macam tajuk lagu pulak)



okey2..kembali pada topik..sekarang ni boleh di katakan semua orang ada fb a.k.a facebook.....dan kalo tengok dekat info...segala macam relationship ada...engaged..married..divorce lg..alahaiii....mudah sampai kita boleh tengok status someone yang jadi friendlist kita...


Korang jangan terasa keyh tapi selalunya yang letak married n engaged tapi masih lom ada ikatan macam tu...agak2nya dah semestinya ke akan punya ikatan macam tu dengan orang yang sama?? ( ayat agak pening sebab mamai tido)


ok la..lupakan persoalan yang atas tu..nak tau cikit la...bercinta sesama orang yang ada fb ni memang agak risiko...sebabnya :


1) ada tengok inbox pasangan kita x??mana la tau dia bermesej @ mengayat orang lain di inbox.. ( penah ada kes macam ni ok)
2) kebarangkalian untuk dia buat 2 @ 3 akaun fb adalah tinggi...( korang mana tau kalau dia tipu maklumat..kan2)
3) proses penyamaran....huhu...bila kantoi je mesti ada alasan macam ni.. Eh bukan sy la..member yang guna tu...( ayat tipu tersangat2)
4) 1 lagi alasan kalo kantoi... " alaa kami gurau2 je la..bukan serius pn"


rasanya cukup la tu kan..yang lain pandai2 kesan sendiri..lom ada pengalaman jadi tak tau apa alasan yang selalu orang guna..
dan bila di tipu..mula la kata macam2....tak tau nak salahkan pada siapa lg dah...pastu mula laa nak jadi macam ni...hati terluka angkara facebook..




kesimpulannya....untuk curang bagi couple yang ada fb ni memang la sangat2 tinggi..lain la kalau korang dah angkat janji setia...tapi ingat yang berkahwin pun banyak bercerai...kalau tak para ulama di Mesir tak kan fatwakan fb haram..huhu...


anyway semoga bahagia pada yang bercouple..jangan curang2 di belakang..curang secara terang-terangan adalah yang terbaik buat anda dan pasangan ...hahahaha...
(ayat orang tak cukup tido)


p/s : jgn lupa check inbox pasangan ok.. :) dan lagi 1...jadikan Zed Zaidi dan Natalia sebagai idola..huhu...berjumpa di fb dan akhirnya ke jinjang pelamin..


sampai kan kad undangan kawin pun ala2 fb gitu haa...

Friday, 17 June 2011

Rahsia Pelajar buat duit

haa banyak dah kan baca tajuk macam ni...tapi tak salah kan kalo nak klik dan isi email yang di minta 2...sebab every day admin akan hantar email dan bgtau apa yang sistem ni buat...

by the way...x rugi cuba kn.. ;-)

Join here 

Yuna duta canon pulak... :))

tahniah pada penyanyi dan penulis lirik Yuna sebab di lantik menjadi duta untuk canon...hehe..ayat skema lak ni..


apa pun rezeki Yuna memang melimpah ruah...dan gambar terbaru Yuna memang berbeza dengan style masa mula2 dia mencebur diri dalam dunia seni...


uikss..da macam pengkritik artis la plak rasanya..hehe...apa pn mesti korang nampak jugak kan perbezaan fesyen yg di tonjolkan Yuna kali ni..nampak lg style la...

          
jauh beza kan style dia sekarang.. :) apa pun tahniah pada Yuna atas perlantikan sebagai duta canon....


p/s : Yuna kata dia memang minat bidang photographer..jadi memang sesuai la jd duta...Gud luck Yuna!!